Dari Meja Pengetua

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana limpah kurniaNya dapat kita bertemu di arena internet ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana laman ini akan menjadi satu lokasi kepada pengguna-pengguna internet mendapat maklumat tentang sekolah ini.

Sebagai pengetua sukalah saya mengingatkan warga SMKPH ini bahawa kecemerlangan sekolah adalah suatu yang perlu dipertahankan dan dipertingkatkan. Dalam mengisi erti kecemerlangan ini, warga sekolah perlulah bergerak cergas dan pantas selaras dengan perkembangan ICT dewasa ini.