SEJARAH PERKEMBANGAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENGKALAN HULU

Pendahuluan


Sekolah Menengah kebangsaan Pengkalan Hulu terletak di kawasan perumahan Kampung Baru, Pengkalan Hulu dan bersebelahan dengan Kompleks Perumahan Guru Pengkalan Hulu kira-kira 1 km. Lokasi sekolah ini sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran kerana suasananya yang nyaman di kelilingi oleh kawasan hijau dan agak jauh dari jalan raya utama. Keluasan kawasan sekolah ini lebih kurang 8.6 ekar.



Pembinaan sekolah ini telah bermula pada Mac 1994. Kawasan yang berbukit serta penuh dengan semak samun, kawasan ini telah diratakan menjadi sebuah tapak pembinaan. Kawasan ini sebenarnya adalah rezab milik Kememnterian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Perak. Projek bernilai 3.8 juta ringgit siap sepenuhnya pada bulan November 1995 setelah lewat dari tarikh yang sepatut, Pihak JKR telah menyerah bangunan sekolah kepada Pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Perak. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Pihak Jurutera JKR kepada En Mohd Nadzari b. Hj. Abdul Aziz ( Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak ). Di majlis tersebut yang turut hadir adalah Tn Syed Jamaluddin b. Salleh (Pegawai PPD Bhg. Perbangunan), En. Abd. Mukhti b. Ahmad dan En. Noor Azmi b. Awang ( Wakil SMK. Pengkalan Hulu).

Kakitangan Sekolah

  • Kakitangan Akademik 1995/1997
Sesi Pertama persekolahan telah bermula pada 4 Disember 1995. Pengetua pertama adalah Tn. Hj. Amin b. Tolan iaitu Penolong Kanan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan yang telah bertukar ke sekolah ini sebagai pengetua. Bilangan guru seramai 21 orang, kebanyakannya ditukarkan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban. Kakitangan sokongan pertama seramai 4 orang

                                  Jenis Guru                                                               Jumlah
                      Guru Siswazah DG 3                                                                  8
                      Guru Bukan Siswazah DG 6                                                        6
                      Guru Sandaran Tidak Terlatih  DSTT                                          7



  • Kakitangan Akademik Pada Tahun 1997
Pada tahun ini, bilangan guru telah bertambah ekoran daripada pertambahan kelas dan pelajar. Pada 1 Jun 1997 En. Abdul Mukti b. Ahmad, guru kanan pentadbiran telah dinaikkan pengkat sebagai Ketua Bidang Sains dan ditukarkan ke Sek. Men. Kebangsaan Tun Saban, Pengkalan Hulu dan seorang guru telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Putra Malaysia, Serdang. Ketiadaan guru-guru ini telah digantikan dgn guru sandaran tidak terlatih.

                                 Jenis Guru                                                               Jumlah
                      Guru Siswazah DG 3                                                                  16
                      Guru Bukan Siswazah DG 6                                                        12
                      Guru Sandaran Tidak Terlatih  DSTT                                            1

  • Kakitangan Akademik Pada tahun 1998
Sekolah ini mengalami pertambahan yang baik, dan pertambahan guru dan kakitangan sokongan. Dua orang guru telah menlanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. (En Hassan b. Mat dan En. Mohd Sobri b. Hussain). Tempat mereka telah diisikan oleh guru-guru baru dan melengkapkan bilangan guru sekolah ini seramai 30 orang.

                                 Jenis Guru                                                               Jumlah
                      Guru Siswazah DG 3                                                                  17
                      Guru Bukan Siswazah DG 6                                                        12
                      Guru Sandaran Tidak Terlatih  DSTT                                            1

  • Kakitangan Sokongan
Pada awala penubuhan sekolah ini kakitangan bukan guru seramai 4 orang. Pada tahun 1997, jumlah ini telah berubah menjadi 9 orang namun bilangannya berubah kembali kepada 8 orang apabila sorang dari mereka meletak jawatan.


                         Jenis Kakitangan                    1996               1997               1998  
              Pembantu Tadbir Perkeranian N9             1                     1                      1
              Pembantu Makmal  N7                             -                     3                      1
              Pembantu AM Rendah                              -                     1                      1
              Pekerja Rendah Awam (Tetap)                 1                     1                      1
              Pekerja Rendah Awam (Kontrak)              2                     2                      2
              Jaga (Kontrak)                                         -                     -                       1

  • Pelajar
Pengambilan pertama pelajar sekolah ini seramai 325 orang. Sebanyak 10 buah kelas telah dibuka bagi menempatkan pelajar-pelajar tersebut yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 4. Sekolah yang ditetapkan untuk menghantar pelajar tingkatan satu ke sekolah ini adalah dari SK. Klian Intan, SK Air Panas, SK Kuak Luar dan SK Keruh.